JANIN DALAM TERNAKAN SEMBELIHAN : PERLU DISEMBELIH?

Binatang darat juga pada dasarnya halal dimakan kecuali apabila ada dalil al-Quran atau hadis yang mengharamkannya. Ini tentu saja selepas disembelih sepeti petunjuk syariat. Sekiranya binatang itu mengandung, ada tiga kemungkinan bagi keadaan janinnya.

  • Pertama, janin itu hidup normal walaupun selepas ibunya disembelih. Dalam kes ini janin (anak binatang) itu tidak halal dimakan kecuali setelah disembelih. Tidak boleh digabung dengan sembelihan induknya.

  • Kedua, janin itu hidup tetapi dalam keadaan sangat sukar contohnya sekadar bergerak.
  • Ketiga, janinnya meninggal selepas induknya disembelih.

    Keadaan kedua dan ketiga turut dibangkitkan ulama. Menurut mazhab as-Syafi dan Hambali, janin itu tidak perlu disembelih berdasarkan sabda Nabi SAW ketika ditanya sahabat: “Wahai Rasul, kami menyembelih unta, sapi atau kambing dan kami mendapati dalam perutnya ada janin. Apakah janin itu kami buang atau kami makan? Baginda SAW menjawab: “Makanlah, jika kamu semua mahu kerana penyembelihannya mengikut penyembelihan induknya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Dawud).

    Hadis yang senada juga diriwayatkan oleh at-Tirmizi dan Ibnu Majah. Imam Malik, walaupun berpendapat seperti di atas, namun mensyaratkan sempurnanya anggota janin itu dan sudah tumbuh bulu pada badan janin itu. Syarat ini berdasarkan beberapa riwayat, antaranya daripada sahabat Nabi, Ibnu Umar yang menyatakan: “Kalau janin (binatang) sudah tumbuh bulunya, maka penyembelihan mengikut induknya.” (Hadis riwayat Ahmad).
  • No comments: