BAJET 2012




Bajet 2011 yang ditunggu-tunggu akan dibentang oleh DS Najib pada 7 Oktober ini, sebagai kakitangan awam semestinya saban tahun menunggu saat PM kita memberikan bonus untuk kakitangan awam. Selain itu, banyak sembang2 kedai kopi yang semakin bersemangat dengan corat-coret tentang kenaikan gaji kakitangan awam, malahan ada yang yakin sehingga 40% kenaikan gaji kakitangan awam. Apapun bagi aku, itu pandangan masing2, kalau ada rezeki alhamdulillah, kalau tiada janganlah mengutuk, mencaci seolah2 kita menghambakan diri pada duit sangat. Hehe pasti ada yang kata 'hang takpalah duit banyak, bolehlah sembang kemaih' hehe insya allah semua tu ketentuan tuhan yang memberi rezeki. Kita senang bercakap nak itu dan nak ini, tetapi sebagai pemimpin kerajaan, PM nak fikir untuk semua rakyat, ingatlah bajet ni bukan untuk kakitangan awam sahaja. Moga bajet 2011 lebih menyeluruh dan yang paling penting mampu mengatasi masalah kos tanggungan kehidupan seharian yang kian hari makin meningkat disebabkan faktor global. Moga rakyat diutamakan...


No comments: