TABAH HADAPI DUGAAN...

Setiap orang akan berhadapan dengan satu keadaan yang memerlukan tahap kesabaran yang amat tinggi untuk dilalui. Kadang-kadang keadaan yang dihadapi menyebabkan seolah-olah maruah kita tercabar. Hanya sifat sabar, tabah dan tenang yang mungkin boleh mengawal keadaan sedemikian. Aku pernah menghadapi saat-saat sebegini, sekiranya tiada sifat sabar, tabah dan tenang, aku yakin aku tidak mampu untuk berhadapan dengan rakan sekeliling sehingga ke hari ini. Alhamdulillah dengan berkat sikap tersebut dan sokongan kawan-kawan sepejabat, alhamdulillah aku kini semakin kuat dan semakin bersemangat. Terima kasih buat kepercayaan rakan sepejabat yang sentiasa bersamaku. Insyaallah aku doakan semoga kalian juga akan tabah apabila menghadapi saat sebagaimana yang telah terjadi kepadaku. Kejadian tersebut menyebabkan aku kini telah kenal siapa kawan yang sebenar dan siapa yang harus aku berhati-hati untuk berhadapannya. Kadang-kadang gurau senda didepan kita bukanlah satu jaminan dia sahabat kita. Percayalah walau apa yang terjadi...pahit akan tetap manis akhirnya.....

No comments: