SEMINGGU YANG MENYEGARKAN....

Balik Kampung....satu istilah yang menyeronokkan bagi yang berkelana mencari rezeki di perantauan. Apatah lagi peluang balik kampung bersempena dengan sambutan hari raya Aidil fitri. Kebetulan tahun ni, semua adik beradik berjanji dan berpakat untuk merayakan di kampung. Suasana penuh ceria, meriah...pertemuan yang mencetuskan nostalgia lalu, masing-masing bercerita pengalaman lampau kepada pasangan masing-masing diiringi suasana riuh rendah anak-anak menakan(saudara)...owh alangkah indahnya suasana ini. Syukur kepada Allah, aku dikurniakan sebuah keluarga yang besar dan saling memahami dan bertoleransi antara satu sama lain. Semoga perhubungan kami akan kekal hingga akhir hayat...aminn.





Kenangan yang amat manis dalam masa seminggu...memukat, kerabu beka, lemang, ketupat masak gulai rebung...perghhhh bak kata mak...hang nak makan apa??? apalagi..masa ni peluang keemasan untuk meluahkan keinginan selera yang tak dapat di cari di bumi tempat aku berkelana..hehe terima kasih buat bonda Siti Aishah..

Setelah menempuh seminggu yang menyeronokkan, maka tibalah waktu untuk kembali ke tempat perantauan. Kesesakan jalan raya dan lebuhraya dengan kenderaan...seakan menandakan mood yang akan dibawa apabila tiba waktu bekerja....alhamdulillah pada cuti kali ini Lebuhraya Utara Selatan tidak lagi sesak sebagaimana tahun2 lepas...cukup lancar perjalanan kali ni...syukur akhirnya telah sampai ke bumi pekan, Pahang. Memori Aidil Fitri 2011 akan kekal abadi.....

No comments: