BEBANAN KERJA

Kesian kat abang Polis kita nooo....betul la..aku amat sokong, tugas polis lebih berisiko tinggi daripada kerja sektor lain, jadi pulak macam kes aminur rasyid tu lagi la kesian kat polis...apapun ketenteraman dan keamanan yang ada adalah hasil penat lelah dan jasa baik mereka...terima kasih Polis Di-Raja Malaysia....



Macam mana pula kerjaya guru seperti aku??hehe kalau setakat kerja hakiki insya allah semuanya ditanggung beres, tetapi apabila guru dibebani dengan target pengurusan seperti 5S, ISO dan sebagainya, ia amat mengganggu tugas hakiki. Sekiranya sistem yang dilakukan berkaitan 100% dengan kerjaya sebagai guru insya allah sokongan akan diberikan 100%. Apapun kita hanyalah pegawai bawahan...aku yang menurut perintah....