KENANGAN MENGAJI AL-QURAN

Apabila mendengar anak-anak mengaji al-quran, teringat semula kenangan belajar mengaji alquran di kampung. Satu kenangan yang tidak akan dilupakan. Tok Ngah Wang dan Lang Nui itulah panggilan yang diberi oleh penduduk kampung. Mereka merupakan 'tok guru' mengaji al-quran di kampung. Rumah mereka hanya selang sebuah rumah daripada rumahku. Jasa mereka terlalu amat berharga dalam mengajarku mengenal alif-ba-ta. Apabila mengimbas kenangan mengaji dizaman itu,sungguh berbeza dengan zaman kini. Apa yang bezanya? sebelum tiba waktu mengaji pada waktu malam, kami pergi ke rumah di mana tempat kami mengaji lebih awal pada waktu petang. Kami memulakan tugas rutin kami dengan mencari kayu api dan mengisi air di tempayan rumah sehingga penuh. Apabila waktu malam menjelma kami menghidupkan pelita minyak yang dibawa masing-masing dari rumah. Sebelum tibanya Tok Ngah Wang, kami mengaji beramai-ramai dengan suara yang kuat, ada yang mengambil kesempatan mengusik sesama rakan-rakan, dan ada yang bercakap-cakap. Namun sebenarnya telatah kami sentiasa di intip oleh Tok Ngah Wang di bawah rumah.Apabila mendengar kelibat Tok Ngah Wang menaiki tangga, suasana yang riuh tadi kembali senyap umpama malaikat lalu. Apabila Tok Ngah Wang mengambil tempatnya, kami masing-masing berdebar untuk berhadapan dengannya. Dengan suara yang kuat, keras diringi dngan rotan di tangan, siapa yang tak kecut perut. Apabila seorang demi seorang berhadapan dengannya, setiap kali itulah kami sering dihiburkan dengan jeritan marah Tok Ngah Wang. Ada yang sampai menitiskan air mata tapi tak seorang pun yang berdendam kerana kami menyedari itulah rempah ratus adab dan cara mengajar pada zaman tersebut. Ini dibuktikan apabila setiap orang yang tamat atau khatam sama ada alquran atau muqaddam,maka malam tersebut akan diiringi dengan kenduri pulut kuning sebagai tanda terima kasih kepada Tok Guru. Sesungguhnya aku sangat berterima kasih yang teramat kepada kedua-dua guru mengaji al-quran ku itu. Tanpa ilmu yang dicurahkan mereka mungkin aku tak sampai ke tahap ini sekarang. Untuk anak-anakku amirah dan aiman, pengalaman yang babah lalui mungkin tak sama seperti mana zaman masa kini. Hargailah nikmat yang dikurniakan oleh-Nya. Wassalam.

ZAKAT FITRAH MELALUI SMS CELCOM

Bayar zakat melalui sms CELCOM......senang sangat...

ikut langkah seperti yang dipaparkan dibawah ;




dan ikutlah arahan seterusnya seperti yang diminta.......








contoh maklumat yang perlu dihantar :






akad yang dihantar :



anda akan menerima makluman resit untuk tujuan semakan....




Mudahkan????apalagi jom berzakat.....TERIMA KASIH CELCOM...