RAMADHAN DATANG LAGI

Rasulullah SAW telah bersabda apabila datangnya Ramadhan :

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”


(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Insyaallah marilah kita sama-sama mendoakan agar kita teguh dengan keimanan, dipanjangkan nikmat sihat agar sepanjang bulan yang dilimpahan keberkatan ini dapat kita penuhi dengan amalan-amalan makruf.

Selamat menjalani ibadah puasa.

No comments: