KELAYAKAN PIALA DUNIA - PUSINGAN KEDUA

Singapore 5 - Malaysia 3
23 Julai 2011 - malaysia kalah dengan pasukan yang memiliki hampir separuh pemain yang diberi kerakyatan Singapore. Perlawanan yang penuh adegan gol sememangnya berbaloi bagi yang beli tiket. Tetapi bagi yang menonton di rumah penuh dengan sumpah seranah terhadap pasukan kebangsaan Malaysia. Apa tidaknya separuh masa pertama sahaja skuad yang digelar harimau malaya seakan hilang tumpuan dengan ketinggalan 4 gol berbalas 1 walaupun Malaysia mengganas dengan gol yang pantas apabila safee sali menjaringkan gol walaupun bermainan baru bermula 20 saat. Benteng pertahanan yang terlalu rapuh serta komunikasi antara penjaga gol dan pertahanan menjadi permainan bagai tak menjadi. Adakah kesukaran membaca pergerakan bola atas padang tiruan menjadi punca??? Namun bermulanya separuh masa kedua, harimau malaya mula menunjukan taingnya, gerakan yang tersusun kemas memaparkan watak sebenar sang juara benua asia tenggara. Namun harapan nampak seperti bakal berkubur apabila safiq rahim dilayangkan kad merah. Tergamam seketika penyokong harimau malaya. Namun kekurangan pemain bagaikan tidak dipedulikan oleh skuad Malaysia, gol semangat yang dicari muncul disudahi oleh abdul hadi yahaya. Gol itu bagaikan pembakar semangat melawan harima malaya, bagaikan datangnya saka harimau, gol ketiga oleh safee sali membuatkan kenangan semangat menentang liverpool kembali menjelma....Namun kelekaan benteng pertahanan menyebabkan harapan kita untuk bangkit di laman sendiri seakan sukar..namun tidak mustahil..ayuh warga Malaysia kita gegarkan buit jalil pada 28 hb Julai.....tanah tumpahnya darahku...

No comments: