RAMADHAN DATANG LAGI

Rasulullah SAW telah bersabda apabila datangnya Ramadhan :

“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia rugi.”


(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Insyaallah marilah kita sama-sama mendoakan agar kita teguh dengan keimanan, dipanjangkan nikmat sihat agar sepanjang bulan yang dilimpahan keberkatan ini dapat kita penuhi dengan amalan-amalan makruf.

Selamat menjalani ibadah puasa.

SEMINAR TECHNOLOGY UPDATE : CYBER SECURITY

Alhamdulillah pada 28 Julai 2011 aku telah terpilih menyertai seminar technology upadate : cyber security yang diadakan di CIAST, Shah Alam, Selangor. Kandungan seminar cukup menarik terutamanya sesi ceramah yang disampaikan oleh En. Hasnol bin Hassan Ariff ( penyanyi laguku untukmu satu ketika dahulu) hehee...sangat menarik persembahan ceramah beliau. Banyak ilmu yang dapat mengenai keselamatan internet di arena maya ni. Ilmu yang dikongsikan banyak mengajar supaya lebih berhati-hati dengan segala jenis perkongsian fail alam maya agar kita tidak terdedah dengan tipu daya penjenayah cyber masakini.

BUAT BUTTON 'SHARE FACEBOOK' PADA POST DI BLOG

Malam ni, dapat satu lagi ilmu yang boleh di kongsi oleh peminat blog macam aku. Iaitu bagaimana nak buat button share facebook di blog. Contohnya macam di bawah ni :




Aku belajar kat blog di bawah ni.....harap blogger yang berminat sila layari link di bawah :

PERPINDAHAN PEMAIN KE LIGA PERDANA INGGERIS 2011/2012

Perpindahan Pemain ke Liga Perdana Inggeris setakat hari ini (29 Julai 2011)