TIPS ELAK ANAI-ANAI




Jika anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah, seharusnya panggil exterminator profesional. Buat sendiri amat payah.

Jika ingin membuat tindakan preventif supaya anai-anai tidak menyerang rumah, saya berikan tips.

Kenal Anai-Anai

  1. Anai-anai suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati
  2. Anai-anai ada berpuluh species. Yang putih, yang kuning, yang perang …. Queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. Askar anai-anai menjaga anak-anak. Anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.
  3. Kalau nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai.
  4. Anai-anai tak tahan matahari. Cepat mati. Sebab tu mereka samada membuat lorong tanah atas kayu/simen/konkrit atau menggali terowong dalam tanah.
  5. Anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.
  6. Dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.

Dah kenal. Maka tiba masa mengurangkan minat anai-anai dari rumah kita:

  1. Pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. Rumput dan lalang dicantas.
  2. Pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah
  3. Pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. Pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.
  4. Pastikan bawah rumah tiada takungan air.
  5. Tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.
  6. Pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. Tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.
  7. Kalau terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. Panggil pakar.
  8. Pastikan perabut buruk, buku-buku, kertas, pakaian, akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.

Bermakna, kita kena rajin dan suka laman rumah yang bersih dan cantik. Dan juga rajin menjaga kebersihan dalam rumah. Kalau kita buat di atas, kita juga mengurangkan serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak.

Tiba masa untuk buat kubu pertahanan. Kalau nak cantik, suruh kontraktor yang buat.

  • Buat kubu pasir sekeliling rumah atau sekeliling bahagian rumah yang jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. Jarak dalam beberapa inci lah dari bahagian tu.
  • Gali 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar.
  • Masukkan pasir yang saiznya standard iaitu diameter 1mm majoritinya. Kalau pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. Mesti saiz tu. Sebab kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh lalu kat celah.
  • Tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak disukai anai-anai.
  • Sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang telah dicampurkan serbuk BORAX. ( NOTA: BORAX ni dulu banyak digunakan oleh pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon dan Cina. Dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salahsatu punca Barah Hati).
  • BORAX tak bunuh terus anai-anai. Apabila anai-anai suap-menyuap serat kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. Bila BORAX masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. Lalu anai-anai mati kerana kekurangan zat.
Kalau dah bersarang dan bersarang dalam rumah, panggi je lah pakar khidmat kawalan anai-anai...senang cita..

No comments: