15 kaedah untuk menjimatkan bateri telefon pintar Symbian S60 anda

Sumber : http://www.symbianku.com

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana nak mengoptimumkan penggunaan bateri dalam telefon pintar Symbian. Penat dan dah berbuih mulut saya menerangkan betapa tidak pentingnya 3G untuk mereka yang tidak menggunakannya. Tapi ramai yang tak paham dan buat-buat tak paham, malahan ada jugak yang macam paham tapi sebenarnya tak paham…

Jadi, sebenarnya, kalau anda tau cara untuk menguruskan telefon pintar Symbian anda, dalam hal ini, pengurusan tenaga bateri, anda pasti akan mendapati bahawa telefon anda akan lebih bertahan lama dengan sekali caj.

Dengan mengikuti semua kaedah dibawah ini, sekiranya anda menggunakan batteri yang belum expired, dan masih baik serta original, saya yakin, anda akan mendapat 40% lebih tenaga untuk telefon anda bertahan lebih lama.

Kenapa? Tak percaya? Cubalah!…

1. Pilih GSM sahaja. Jangan pilih Dual Mode atau UMTS. Kalau anda seorang yang menggunakan “video call” 24 jam sehari maka perlulah 3G, kalau tak anda tak perlu sambungan internet berkelajuan tinggi.

2. Matikan segala jenis gelombang tanpa wayar iaitu Bluetooth, Infrared, dan WiFi sekiranya tidak digunakan.

3. Jangan gunakan WLAN scanning secara automatik, gunakan secara manual apabila anda memerlukan WiFi. Dan dari “Control Panel”, pastikan juga anda menetapkan fungsi “Show WLAN availability” menjadi “Never”.

jimatbateri-wifi-scan-03 jimatbateri-wifi-scan-04

jimatbateri-wifi-scan-05

4. Setkan WiFi untuk menggunakan konfigurasi berikut:
- Automatic Configuration – Disabled
- TX power level – 4mW

5. Setkan lampu skrin pada kadar yang paling malap.

6. Tetapkan “light time out” untuk lampu skrin dan “power saver” pada 5 saat.

7. Kalau boleh, jangan hidupkan fungsi “vibrating alert” dalam Profile

8. Matikan segala jenis bunyi pada keypad. Yang ni pun setting dia boleh tukar dalam Profile.

9. Sekiranya anda tidak menggunakan fungsi yang memerlukan talian data sepanjang masa seperti push email, putuskan hubungan dengan server. Pilih “When needed”.

10. Untuk S60 3rd Edition Feature Pack 2 dan S60 5th Edition, matikan kesan khas dalam Themes.

11. Sekiranya anda tidak menggunakan fungsi GPS seperti geotagging dan pemanduan arah, matikan transeiver GPS. Dan pastikan kamera tidak merekodkan lokasi GPS.

12. Biasakan diri utk memeriksa software yang sedang aktif. Dan sekiranya ada yang anda tidak perlukan, tutup software tersebut. Untuk tujuan ini, saya cadangkan anda gunakan tool seperti Jbak Taskman atau Best Taskman.

13. Jika telefon pintar Symbian anda memiliki sensor yang mengesan pergerakan (accelerometer), pastikan ia dimatikan jika tidak digunakan.

14. Setiap malam sebelum tidur, matikan telefon anda atau tukarkan profile kepada Offline.

15. Biasa-biasakanlah mengunci keypad untuk mengelakkan tersalah tekan butang ke, tersilap tekan software ke, atau perkara-perkara lain yang tidak diingini berlaku termasuklah tertekan butang memanggil orang. Oleh itu, anda amat dinasihatkan supaya mengunci butang keypad anda (dan juga butang seluar anda) supaya dapat menjimatkan bateri :-P

Begitulah tadi, ada lebihkurang 15 kaedah-kaedah yang anda patut ikuti bagi memberi jus yang lebih kepada telefon pintar Symbian anda. Sekiranya anda mengikuti segala kaedah diatas dengan betul dan bateri telefon pintar Symbian anda masih dalam keadaan baik, belum tamat tempoh dan belum meletup, saya yakin anda akan mendapat sekurang-kurangnya 40% kuasa tambahan. Tak percaya?… Cubalah….

E72 adalah handphone aku yang kelima pakai setakat ini...entah macam mana lah aku boleh terpikat...tiada sebarang perancangan dan niat untuk menukar handphone aku yang keempat yang berjenama sony ericson K770i yang masih hebat jika dalam kategorinya berbanding rakan ku yang memakai kereta honda city(hehehe jangan marah kawanku itu')....namun apakan daya tertariknya aku kerana keterpegunan apabila melihatkan keistimewaan GPS yang ditawarkan...pehh di tambah pulak dengan spesifikasi yang menyeluruh menyamai telefon yang canggih2 mahal2....apalagi...pusing satu low yatt cari paling murah maaaa...akhirnya si amoi bernama carryn kam berjaya mencairkan aku hehehehe harganya laaah bukan orangnya hehehe....akhirnya aku merembat tanpa rasa bersalah....kuang2...disepanjang perjalanan pulang aku terus menggunakan aplikasi GPS (Garmin) pehhh amat sesuai bagi kaki pecut...garmin berjaya menjejaki setiap kamera polis pada setiap lampu isyarat di kuala lumpur...dan disepanjang hiway plak...irama nada amaran berkumandang setiap kali menghampiri tempat2 yang menjadi perangkap had laju....pehhh nmengkagumkan....harap ianya berbaloi...cumanya aku mula jadi gelabah biawak apabila si rakanku yang berkereta honda city memberi kata-kata sinis yang harus direnungkan dan perlu diambil tindakan hehehehe ' abe, pakai hp mahal2, full spec. tapi pakai prepaid tak jadi bohhhhhh'...katanya....mmmmmm perlu kena secawan kopi untuk memikirkannya.......

DIA MILIKMU BUKAN MILIKKU......

Kecewa bukan kepalang...kecewalah kita hingga menitis air darah keluar dari kelopak mata sekalipun , selagi ia bukan ditakdirkan untuk aku maka disitulah aku selayaknya....membajak sudah membaja pun sudah...apakan daya selagi ia dinamakan takdir...takdirlah ia selamanya....berusaha????mmmmmm bereh bohhhh........tekun?????mmmmm ramai saksi.....mmmm habis tuuu apa lagi yang dimahukan????? hahahaha ramuannya mudah ibarat membancuh teh untuk jamuan tetamu...patutkah teh 'O" saje....kasi tambah susu nak lebih menarik tariklah ia hingga berbuih....pasti lazat tetamu yang meminumnya....terus ia menunjukkan isyarat bagus pada jari jemarinya.......




SEPANYOL JUARA PIALA DUNIA 2010


Sebulan berlalu terlalu pantas...sepantas Jerman mencipta serangan balas terhadap pihak lawan...kesabaran berjaga waktu pagi menyaksikan perlawanan piala dunia ibarat sabarnya pasukan Sepanyol mencipta peluang dengan alunan hantaran yang tepat dan memukau semua lawannya akhirnya dengan kesudahan sebulan menantikan Juara Piala Dunia 2010 adalah amat berbaloi buatku memilih pasukan yang diberi jolokan La Roja...tahniah Sepanyol....memang aku cukup puas hati menyaksikan perlawanan ini....walaupun terpaksa menunggu dalam waktu yang amat panjang....jumpa lagi Piala Dunia 2014 di Brazil....

BRAZIL KALAH!!!!!!

Kejutan???amat susah untuk menerima hakikat bahawa Brazil terkeluar dari saingan suku akhir...pakcik2 kat kampung2 mesti susah melelapkan mata malam niiii...hehehe...dari segi permainan memang terhibur...tahniah skuad oranje...moga mara ke Final...mmmmm harapanku agar ia bertemu Sepanyol...dua pasukan yang belum mencipta nama sebagai juara piala dunia....