HUKUM MENINGGALKAN PUASA QADHA

Sumber : Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

Soalan : Assalamualaikum wbt.

Apakah hukum berbuka puasa Qada Ramadhan - sekiranya alasan adalah letih dan tidak mampu meneruskan puasa? adakah hukum mengenai puasa qada ramadhan sama dengan hukum puasa di bulan ramadhan? adakah sekiranya berbuka puasa ganti ramadhan perlu diganti 2kali ganda?


Jawapan : Waalaikumussalam,
Tidak mengapa berbuka ketika selain dari bulan Ramadhan. Tidak boleh berbuka sewenang-wenangnya tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara' di dalam Ramadhan kerana umat Islam wajib berpuasa di dalam bulan tersebut. Cuma sesiapa yang meninggalkan puasa wajib menggantikannya pada hari-hari lain di luar bulan Ramadhan..
Status : Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan : PSJAI HAN 051109

3 comments:

RaDiO@CtIvE said...

thank for that informartion~~
=)
berguna juga

Anonymous said...

kalau berbuka jugak kena ganti dua kali ganda tak?

Anonymous said...

salah la, ni dia..

Siapa yang berbuka puasa dalam bulan Ramadhan, wajib ke atasnya mengqadhakan puasanya itu dan dia tidak boleh dengan sengaja membatalkan qadha puasa wajibnya melainkan jika ada keuzuran yang dibenarkan syara’. Ini berdasarkan hadith dari Umm Hani’ r.’anha yang berkata:

“Wahai Rasulullah, aku telah berbuka sedangkan aku tadinya berpuasa? sabda Nabi kepada beliau: Apakah engkau tadi puasa qadha? Jawabnya: Tidak, Sabda Nabi saw: Maka tidak mengapa (tidak memudharatkan kamu) jika puasa itu adalah puasa sunat.” (HR Abu Daud dan telah disahihkan oleh al-Albani).