HUKUM MENINGGALKAN PUASA QADHA

Sumber : Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

Soalan : Assalamualaikum wbt.

Apakah hukum berbuka puasa Qada Ramadhan - sekiranya alasan adalah letih dan tidak mampu meneruskan puasa? adakah hukum mengenai puasa qada ramadhan sama dengan hukum puasa di bulan ramadhan? adakah sekiranya berbuka puasa ganti ramadhan perlu diganti 2kali ganda?


Jawapan : Waalaikumussalam,
Tidak mengapa berbuka ketika selain dari bulan Ramadhan. Tidak boleh berbuka sewenang-wenangnya tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara' di dalam Ramadhan kerana umat Islam wajib berpuasa di dalam bulan tersebut. Cuma sesiapa yang meninggalkan puasa wajib menggantikannya pada hari-hari lain di luar bulan Ramadhan..
Status : Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan : PSJAI HAN 051109

DEMAM PIALA DUNIA


Kejohanan Piala Dunia bertandang lagi..auranya masih gemilang, kerancakannya boleh dilihat di mana-mana hatta di pejabat. Masing-masing punya ramalan dan ada pasukan kegemaran..ada yang mementingka semangat asia, ada yang menyokong kerana adanya hero 'lawa' hehehe....tapi bagi aku pasukan kegemaran ialah Sepanyol...harap pasukan ini dapat mara ke final...mmmm jika ditanya pasukan mana yang akan mara ke final...? pandangan aku ialah antara pasukan yang berpotensi Jerman, Argentina, Brazil, Sepanyol..Pasukan yang bakal membawa piala dunia?....mestilah Sepanyol...heheh 


KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Petikan artikl dari pisau.net


Melayu dikhianati?


Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

Komen Pisau;
Bukan saja melayu dikhianati,malah ada melayu sendiri punyai sindrom gadai apa saja yang boleh,sepertimana juak pakatan haprak mempromosi sama rata.

Anwar Berahi sanggup mengadai apa saja hatta bangsa dan negara semata mata mahukan kerusi PM.

Pisau masih teringat kata kata Anwar semasa perjumpaan beliau bersama beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang yang diadakan secara sulit sebelum pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Yang menemui beliau semuanya adalah rakan rakan beliau yang masih didalam UMNO sehingga sekarang." Pasal apa hang sanggup buat semua ni,sampai pertikai hak melayu nak bagi semua sama rata kat india dan cina?kenapa sampai tergamak buat macam tu" itulah kata kata pemimpin UMNO pada Anwar dalam perjumpaan sulit tersebut, jawab beliau " Aku peduli apa,yang penting aku dapat jadi PM,apa nak jadi jadi lah aku tak peduli"

Kata kata Anwar pada saat itu jelas telah menghiris hati ramai rakan rakan beliau didalam UMNO ketika itu, sejak saat itu Anwar terus mengila dengan kempen sama rata .

Bagai mengantuk disorong bantal, golongan bukan melayu yang buta sejarah amat menantikan saat ini.Buat penyokong pakatan haprak yang berhati hitam menerima dengan bulat bulat hinggakan ada dalil menyatakan apa salahnya jika jawatan PM diberikan kepada bukan melayu.

Kebodohan tak bertempat,baik hati tak kena gaya itulah yang sedang berlaku ketika ini.

Komen aku : 'moga melayu akan bersatu satu masa nanti'....


Tanda-tanda waqaf

Tanda mim ( ﻤ ) dikenali sebagai Waqaf Lazim. Adalah dikehendaki berhenti seketika apabila mim muncul. Jika tidak berhenti, kebarangkalian yang maknanya berubah.
Tanda tho ( ﻁ ) adalah tanda Waqaf Mutlaq dan haruslah berhenti seketika. Ia menunjukkan yang makna belum lagi dinyatakan sepenuhnya..
Tanda jim ( ﺝ ) adalah Waqaf Jaiz. Lebih elok berhenti seketika di sini walaupun tidak berhenti adalah dibenarkan.
Tanda zha ( ﻇ ) bermaksud lebih elok TIDAK berhenti.
Tanda sod ( ﺹ ) dikenali sebagai Waqaf Murakhkhas, menunjukkan yang tidak digalakkan berhenti walaupun berhenti dibenarkan. Perbezaan antara hukum tanda zha dan sod adalah kegunaannya, dalam kata lain, keinginan untuk berhenti adalah lebih pada tanda sod
Tanda sad-lam-ya' ( ﺻﻠﮯ ) merupakan singkatan kepada "Al-wasl Awlaa" yang bermaksud "Sambung lebih elok". Pembaca haruslah meneruskan bacaan kerana itu lebih elok.
Tanda qaf ( ﻕ ) merupakan singkatan kepada "Qeela alayhil waqf" yang bermakna "telah dinyatakan yang berhenti harus dilakukan ke atasnya". Tidak perlu berhenti di sini.
Tanda sod-lam ( ﺼﻞ ) merupakan singkatan kepadan "Qad yoosalu" yang membawa maksud "akan bersambung kadang-kala". Kadang-kala seseorang akan berhenti manakala ada yang tidak walaupun berhenti lebih diutamakan.
Tanda perkataan Qif ( ﻗﻴﻒ ) bermaksud berhenti! Ia muncul pada tempat yang kebarangkalian pembaca akan meneruskan bacaan tanpa henti.
Tanda sin ( س ) atau perkataan Saktah ( ﺳﮑﺘﻪ ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.
Tanda Waqfah ( ﻭﻗﻔﻪ ) serupa dengan Saktah tetapi bezanya ialah waqaf pada Waqjah lebih lama berbanding Saktah.
Tanda Laa ( ﻻ ) bermaksud "Jangan!". Tanda ini muncul kadang-kala pada penghujung mahupun pertengahan ayat. Jika ia muncul di pertengahan ayat, tidak dibenarkan berhenti dan jika berada di penghujung ayat, pembaca tersebut boleh berhenti atau tidak.
Tanda kaf ( ﻙ ) merupakan singkatan kepada "Kathaalik" yang bermaksud "serupa". Dalam kata lain, tanda yang sama sebelumnya digunakan di sini.
Tanda bertitik tiga ( ... ...) yang dikenali Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) atau Waqaf Ta'anuq (Terikat). Tanda ini kadang-kala diletakkan sekali huruf jim yang turut menjadi simbol bagi Mu'aanaqah ini. Ia akan muncul sebanyak dua kali di mana-mana saja dan cara membaca adalah Harus berhenti di salah satu tanda tersebut. Jika sudah berhenti pada tanda pertama, tidak perlu berhenti pada tanda kedua dan sebaliknya.