MRSM TERUSKAN KECEMERLANGAN

2,438 calon PMR MRSM raih semua A
Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

SERAMAI 2,438 atau 59.03 peratus daripada 4,130 calon dari 29 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) meraih gred A semua mata pelajaran diambil dalam penilaian Menengah rendah (PMR) tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Mara, Hanisah Omar, berkata 15 MRSM pula mencatat lebih 60 peratus calon mendapat keputusan sama, meningkat berbanding 13 buah tahun lalu.

Beliau berkata, MRSM terbabit di Serting, Pasir Tumboh, Grik, Kubang Pasu, Jeli, Kuala Terengganu, Merbok, Gemencheh, Terendak, Langkawi, Kuala Klawang, Batu Pahat, Kuala Lipis, Pontian dan Muadzam Shah.



Katanya, MRSM Serting paling cemerlang apabila 105 atau 71.92 peratus calon mendapat A semua mata pelajaran.

“Bagaimanapun, bagi pencapaian mengikut Gred Purata Maktab (GPM), MRSM Pasir Tumboh mencatat pencapaian terbaik, iaitu 1.0520, diikuti MRSM Serting (1.0548) dan MRSM Gerik (1.0567), selain tujuh lagi menunjukkan peningkatan.

“Enam atau 0.15 peratus calon mendapat 9A (termasuk Bahasa Arab), 2,325 (56.30 peratus) 8A dan 107 (2.59 peratus) 7A (tidak mengambil Pendidikan Islam).

“Bagi pencapaian minimum 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains), seramai 3,495 pelajar atau 84.62 peratus, meningkat berbanding 2,468 (85.04 peratus) tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

No comments: