KONVOKESYEN KLPLI-IPIS 2008


Alhamdulullah berakhir sudah pengajian kursus perguruan lepasan ijazah di institut perguruan islam selangor kat bangi...berkat kesabaran dalam umur yang makin dimamah masa dapat juga diakhiri dengan noktah yang amat membanggakan...segulung diploma pendidikan beserta anugerah lulusan cemerlang-kpli 2008 menceritakan kegembiraan saya. Syukur kepada Allah swt di atas rezeki yang dikurniakan. Anugerah ini insyallah akan dijadikan dorongan pada masa hadapan untuk memperbaiki kerjaya sebagai seorang tenaga pengajar. Mungkin ini satu langkah yang boleh melebarkan jaminan kejayaan..insyaallah.