GURU : LAYAK UNTUK EULOGI

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Begitulah jasa seorang guru yang dieulogikan dalam bentuk sajak oleh Usman Awang. Selamat hari guru untuk rakan seperjuangan di mana saja berada. Memang selayaknya guru harus di letakkan dalam status sosial yang tinggi.
Kadang-kadang timbul juga gurau senda dikalangan saya bersama rakan "sampai bila kita nak jadi macam ni ( sambil merujuk kepada kerja-kerja menyemak kertas ujian, mengisi buku rekod)" dialog ini terus diringi gelak tawa rakan-rakan. Namun dalam hati kami, tidak sama sekali akan lari dari peranan sebagai arkitek sosial.
Namun dalam memikul tugas sebagai guru, marilah kita sama-sama berfikir sejenak...sekufukah tingkahlaku kita selama ini sebagai seorang guru. Kita sering memerhatikan segala tingkahlaku pelajar....Adakah kita memerhatikan tingkahlaku kita sendiri? Kita sering menegur kesalahan pelajar.....adakah kita langsung tidak melakukan sebarang kesilapan?...Kita sering menengking sekiranya pelajar tidak berdisiplin...Adakah kita guru yang mematuhi segala disiplin? Hanya kita boleh menentukan jawapannya. Akhir kata sama-samalah merenung...kita pernah merasai pengalaman sebagai pelajar...jadikanlah pengalaman itu untuk mendidik mereka. Sekian.